Wednesday, 18 March 2015

Masalah masalah yang Dihadapi oleh Usahawan Selama Memulakan Perniagaan, Start-Up dan Selepas Start-Up


Memasuki Pasaran Antarabangsa
Menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa bukanlah merupak sesuatu yang mudah. Terdapat pelbagai rintangan dan halangan yang perlu ditempuhi oleh usahawan. Rintangan dan halangan ini boleh dikategorikan keada tiga iaitu, halangan dalaman yang wujud dalam diri usahawan itu sendiri atau syarikat usahawan, halangan perdagangan iaitu prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negara yang ingin dimasuki dan juga halangan antarabangsa.

Faktor Budaya
Budaya yang diamalkan oleh sesebuah negara adalah berbeza dengan negara yang lain. Perbezaan ini kadangkala menyebabkan seseorang itu gagal menembusi pasaran luar. Antara contoh perbezaan budaya sesebuah negara dengan negara yang lain adalah bahasa, agama, nilai dan adat resam serta pendidikan.

Pertukaran Mata Wang Asing
Setiap negara mempunyai matawang mereka sendiri. Contohnya Malaysia menggunakan Ringgit Malaysia (RM), Jepun menggunakan matawang Yen, Arab Saudi menggunakan Riyal dan Thailand menggunakan Baht sebagai matawang mereka. Usahawan perlu memahami nilai pertukaran matawang bagi negara yang ingin dimasuki agar harga produk yang diletakkan tidak terlalu mahal atau terlalu murah sehingga mungkin akan mengurangkan permintaan dan merugikan usahawan apabila matawang tersebut ditukarkan ke matawang negara asalnya. Sesetengah negara seperti China tidak menerima matawang negara lain apabila berurus niaga dalam negaranya manakala sesetengah negara boleh menerima matawang lain sebagai pertukaran semasa urus niaga tanpa sebarang masalah. Penggunaan matawang yang telah kukuh seperti US Dollars, Yen Jepun dan Euro sewaktu mengadakan urusniaga adalah satu langkah yang bijak kerana matawang ini boleh diterima oleh hampir semua negara serta mudah ditukar atau diniagakan.

Cabaran Dalam Menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA)
Perlaksanaan AFTA pada tahun 2003 telah membawa satu perubahan yang drastik kepada sistem perdagangan di ASEAN. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh semua usahawan ialah untuk memuaskan kehendak pelanggan, menghasilkan produk yang berkualiti, menarik kemasukan pelabur asing dan mengekalkan buruh mahir.

Cabaran Dalam Bidang Teknousahawan
Di Malaysia, bidang teknousahawan masih lagi baru dan terdapat pelbagai cabaran dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya dan berkualiti. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan ialah melahirkan teknousahawan di peringkat global, masalah kewangan pada peringkat permulaan yang sangat besar dan memanfaatkan semua masyarakat sama ada sebagai pengguna atau peniaga.

No comments:

Post a Comment