Friday, 13 March 2015

Pembangunan Keusahawanan Di Malaysia


1) Sistem Perdagangan Barter
Keusahawanan di Malaysia bermula dengan wujudnya sistem perdagangan barter. Sistem barter merupakan sejenis bentuk perniagaan yang tidak menggunakan sebarang bentuk perantara pertukaran, di mana barangan atau perkhidmatan  ditukar dengan barangan dan/atau perkhidmatan lain. Ia boleh jadi dibuat antara dua atau beberapa pihak.
Melalui sistem ini mereka terpaksa membuat pilihan sesama mereka untuk mendapatkan barang perantaraan yang dapat membawa manfaat bersama antara mereka. Oleh sebab itu, barang-barang yang digunakan sebagai alat perantaraan itu berbeza mengikut suasana dan zaman. maka jelaslah di sini bahawa pertukaran adalah tidak mustahil tanpa wang dan tidak hairanlah manusia boleh menjalankan kegiatan perdagangan dengan sistem pertukaran barter.
Walau bagaimanapun, dalam ekonomi yang semakin moden, sistem barter mendatangkan banyak kelemahan seperti;
  • Penemuan kehendak bergu.
  • Masalah membahagi sumber.
  • Masalah simpanan nilai.
  • Barang tidak tahan lama.

2) Pelabuhan Melaka
Selepas menemui kegagalan dalam sistem barter, keusahawanan di Malaysia diteruskan dengan pengendalian perdagangan di pelabuhan Melaka. Perdagangan bebas membawa maksud syarat tidak mengenakan duti kastam atau duti-duti lain ke atas import barangan dari negara lain. Teori perdagangan ini menunjukkan bahawa perdagangan akan membawa faedah jika ia tidak tertakluk kepada sekatan seperti tarif, kuota dan sebagainya. Dalam kes Melaka, perdagangannya  berkembang pesat atas inisiatif kerajaan dalam menyediakan kemudahan-kemudahan pentadbiran yang cekap, matawang yang stabil, kewujudan undang-undang yang adil, pengenalan sistem timbang dan ukuran yang seragam.

Interaksi yang baik dengan saudagar-saudagar asing turut merupakan punca pelabuhan Melaka berkembang pesat. Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan China daripada ancaman musuh. Melaka telah diselamatkan daripada ancaman Siam. Suasana yang aman dan damai yang wujud membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga telah menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang membolehkan wujudnya perkembangan perdagangan dua hala.


3) Penjajahan - dasar 'pecah dan perintah'
Keusahawanan di Malaysia diteruskan pula dengan dasar pecah dan perintah oleh pihak kerajaan. Pecah dan perintah merupakan satu strategi dalam maksud untuk mendapatkan dan menakluk sesebuah kawasan atau wilayah dengan cara memecahkan kelompok kuasa yang besar kepada kelompok yang lebih kecil. Konsep ini juga merujuk kepada pemecahan struktur kekuasaan sedia ada dan menghalang kelompok-kelompok kecil itu daripada bersatu dan berhubungan. Setiap bangsa dipecahkan dalam kelompok masing masing dan mempunyai bidang perkerjaan yang berbeza seperti;
Kaum Melayu - Menguruskan hal pentadbiran negara manakala sebahagian dari mereka                                    menguruskan pertanian.
Kaum Cina - Menceburi bidang perniagaan dan juga perlombongan.
Kaum India - Menguasai bidang perladangan/estet.

Antara unsur-unsur yang diamalkan dalam dasar pecah dan perintah ini ialah;

  • Mewujudkan atau menggalakkan perpecahan di antara subjek (kelompok masyarakat misalnya) bagi mengelak berlakunya pakatan untuk mencabar kedaulatan (biasanya dirujuk kepada pihak penjajah).
  • Menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang sanggup untuk bekerjasama dan menjalinkan hubungan dengan pihak berkuasa yang berdaulat.
  • Mendorong sikap saling tidak percaya dan permusuhan dalam kalangan pemerintah tempatan.
  • Menggalakkan perbelanjaan yang mampu melemahkan keupayaan pembiayaan politik dan ketenteraan.


  • 4) Keusahawanan selepas Kemerdekaan.
    Selepas kemerdekaan, kerajaan telah membangunkan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Baru dan Wawasan 2020.

    Dasar Ekonomi Baru :
    Merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata.

    Dasar Pembangunan Baru :
    Dasar Pembangunan Baru merupakan dasar e.konomi Malaysia yang digunakan sekarang. Ia merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan DEB. Tetapi fokus utama dasar ini adalah untuk membasmi golongan miskin, menyusun semula masyarakat dan membantu golongan yang susah.

    Wawasan 2020 :
    Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir MohamadPerdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanianpsikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaanmutu hidupnilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

    Antara keratan akhbar mengenai pembangunan keusahawanan di Malaysia :

    pengetahuan keusahawanan berkembang dikalangan pelajar IPT



    keusahawanan mengukuhkan ekonomi negara

    No comments:

    Post a Comment