Wednesday, 18 March 2015

Kepentingan Bidang Keusahawanan



Selain mempunyai kepentingan terhadap diri, agama dan bangsa, bidang keusahawanan jugak mempunyai kepentingan lain seperti ;


  • Meningkatkan pendapatan negara.
Golongan usahawan adalah penting bagi sesebuah negara, kerana negara kita akan bertambah maju apabila ekonominya maju. Sumber ekonomi dan pendapatan negara juga banyak dibantu oleh usahawan kerana merekalah yang mengerakkan pembangunan ekonomi dalam negara melalui perniagaan yang mereka lakukan. 

  • Mewujudkan Peluang Pekerjaan
Usahawan dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Perusahaan yang dijalankannya dapat mewujudkan pelbagai jenis peluang pekerjaan.

  • Memenuhi Keperluan Dan Kehendak Masyarakat
Manusia mempunyai keperluan dan kehendak yang pelbagai. Pada zaman moden ini manusia menggunakan wang untuk membeli barang-barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan memuaskan kehendak masing-masing. Usahawan memainkan peranan untuk mengeluar dan membekalkan barang-barang dan perkhidmatan bagi memenuhi permintaan orang ramai. Contohnya usahawan seperti Datuk Mohamed Kamal yang menjalankan perusahaan mengeluarkan barang-barang seperti bedak, syampoo, losyen dan biskut untuk memenuhi permintaan pasaran. Begitulah halnya dengan usahawan-usahawan lain yang mengeluar makanan, pakaian, rumah serta pelbagai jenis perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang ramai.

  • Menyumbang Terhadap Pembangunan Ekonomi
Usahawan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara. Aktiviti usahawan dalam sektor-sektor ekonomi yang penting seperti perladangan, perlombongan, pengilangan dan perkhidmatan telah membantu pembangunan ekonomi negara sejak sebelum merdeka lagi. Hasil keluaran dari sektor-sektor ini merupakan sumber pendapatan yang besar kepada pihak kerajaan. Dengan itu kerajaan berupaya membangunkan ekonomi negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, jalanraya, bekalan eletrik dan air untuk rakyat.

  • Peningkatan Taraf Hidup Masyarakat
Usahawan memainkan peranan dalam peningkatan taraf hidup masyarakat. Dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, bererti lebih ramai ahli keluarga yang bekerja. Kesan dari itu, tingkat pendapatan isi rumah akan meningkat. Ini membolehkan mereka membeli pelbagai jenis barang seperti peti sejuk, televisyen dan kenderaan serta menggunakan pelbagai perkhidmatan seperti kemudahan telefon untuk kehidupan yang lebih selesa.

  • Penemuaan Dan Ciptaan Baru
Usahawan yang kreatif sentiasa menghasilkan penemuan darn ciptaan baru yang akan membawa kepada pembaharuan dan kemajuan dalam bidang perniagaan. Daya kreatif dan inovatif seseorang usahawan akan dapat meluaskan penggunaan barang melalui pengubahsuaian. Banyak barang yang mempunyai pelbagai kegunaan kepada orang ramai telah dihasilkan daripada daya kreatif dan inovatif usahawan. Antara contoh barang tersebut ialah ketuhar gelombang mikro, telefon mudah alih, komputer peribadi dan alat hawa dingin kereta.

2 comments:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang sangat bermanfaat! Keusahawanan memang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi, dan memahami bidang perniagaan adalah langkah pertama ke arah kejayaan. Artikel seperti ini membantu memberi inspirasi kepada bakal usahawan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih berkesan. Terima kasih atas info yang berguna!

    ReplyDelete